Antara kemahiran-kemahiran yang dapat dipelajari adalah seperti berikut:

➢ Proses Masking & Sanding
➢ Proses Putty
➢ Campuran Warna Cat
➢ Penyemburan Cat
➢ Penyemburan Cat 3 Lapisan Jenis “Pearl”

TEMPOH KURSUS

➢ 16 bulan – Tahap 3

➢ Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.00 pagi – 5.00 ptg.

YURAN KURSUS

➢ Pengemasan & Pengecatan Semula Kenderaan G452-005-3:2019 Tahap 3 RM 16 000.00

✓ Yuran adalah termasuk segala yuran seperti yuran peperiksaan, yuran sijil & yuran pembelajaran selain yuran pendaftaran.
✓ Yuran pendaftaran hanya RM400.

PEMBIAYAAN KURSUS

Bayaran yuran kursus boleh dibuat secara berikut:

➢ Bayaran penuh (10% diskaun).
➢ Bayaran ansuran bulanan.
➢ Pembiayaan daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

PENGENALAN

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) merupakan satu pengiktirafan vokasional daripada Kementerian Sumber Manusia kepada pelajar-pelajar yang mencapai kriteria pekerja mahir dalam pelbagai bidang vokasional. Ia dibahagikan kepada beberapa tahap pembelajaran iaitu tahap 1 hingga 5. Perbandingan tahap pembelajaran kemahiran tersebut bolehlah dibandingkan secara berikut:

KURSUS KEMAHIRAN AUTOMOTIF

Program ini bertujuan untuk melatih pelajar mahir dalam bidang automotif. Dibawah panduan badan pengiktirafan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), South Essex College, United Kingdom, IMI U.K. dan juga teknik terbaru pembaikian kenderaan daripada pelbagai jenama pusat servis (Mitsubishi, Ford, Proton & Nissan) pelajar akan dapat mempelajari teknik-teknik membaik pulih yang terkini termasuk model-model kenderaan yang terbaru.

KONSEP LATIHAN

Latihan berdasarkan konsep pembelajaran praktikal dan teori berserta penilaian berterusan menilai tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap kerja seseorang calon melalui pelbagai kaedah yang bersesuaian yang dapat menilai keterampilan calon seperti yang dikehendaki oleh industri.

PENYERTAAN

Kursus ini sesuai untuk semua tahap pembelajaran dan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang automotif. Kelayakan masuk adalah calon mestilah berumur 16 tahun & ke atas.

TRAINING PATHWAY

TRAINING PATHWAY